Herba Malaysia Banyak Khasiat dan Tinggi Nilainya
Malaysia mempunyai lebih 13,000 spesis herba yang boleh dikomersilkan dan hanya 300 daripadanya sahaja yang dikenal pasti digunakan. Ia boleh membuka peluang kepada orang ramai untuk menambahkan sumber pendapatan dalam industri herba.
Pihak kerajaan akan melabur RM110 juta ke dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dalam usaha menjadikannya pusat industri herba Malaysia menerusi pembangunan empat buah ladang herba. Projek itu dijangka menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak AS$1.016 bilion (RM3.341 bilion) dan mewujudkan 2,500 peluang pekerjaan baharu serta 530 pekebun kontrak.
Kenyataan di atas tentunya membuka mata dan minda kita mengenai dengan besarnya potensi dalam industri herba di Malaysia. Di dalam industri herba anda tidak semestinya bergiat secara besar-besaran. Usaha secara kecil-kecilan juga mampu untuk memberi pulangan yang lumayan. Tahukah anda ada herba yang tumbuh meliar di belakang rumah anda boleh dijual dengan harga RM100.00 sekilogram? Inilah sebahagian daripada info yang boleh diperolehi dalam ebook Rahsia Herba.
Sekiranya anda meminati tumbuhan dan tanaman herba, ebook Rahsia Herba mampu menambahkan ilmu dan pengetahuan anda mengenai rahsia herba Malaysia dari segi khasiat, kegunaan dan nilai yang ada pada herba tersebut. Ebook ini ditulis oleh seorang penggiat industri herba di mana banyak pengalaman dan info di dalamnya yang dapat membuka rahsia industri herba di Malaysia. Kepada yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman Rahsia Herba ini.
[...] Read more … Share this:TwitterFacebookLike this:LikeBe the first to like this post. [...]