Panduan Jana Wang di Rumah Untuk Wanita

Dikirim pada Oct 02 2011 by admin

jana wang di rumahJika anda adalah seorang ibu dan juga wanita yang bekerja di luar rumah, sudah pastinya anda menyedari bahawa waktu anda untuk bersama anak-anak dan keluarga terlalu singkat. Seboleh mungkin, jiwa & naluri anda meronta-ronta untuk berada di rumah dan meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak dan keluarga tercinta. Melihat setiap detik & saat-saat anak-anak membesar, mendidik dan juga memberikan mereka kasih-sayang sepenuhnya. Dalam masa yang sama anda tentunya juga berkira-kira bagaimana dapat menjana wang di rumah sekiranya anda membuat keputusan untuk berhenti kerja.

Kini peluang untuk menjana pendapatan dari rumah semakin mudah dilakukan kerana ia disokong oleh teknologi internet yang turut membantu daripada segi promosi pengiklanan dan pemasaran. Aktiviti-aktiviti menjana pendapatan di rumah seperti khidmat pembantu maya (virtual assistant), tempahan sulaman, tempahan kuih & kek, kraftangan, percetakan, penulisan, jual beli saham dan bermacam-macam lagi aktiviti yang menguntungkan, boleh dilakukan oleh golongan ibu dengan hanya duduk di rumah.

Ebook panduan Jana Wang Di Rumah ini akan mengupas rahsia merealisasikan impian untuk bekerja di rumah bagi kaum hawa. Anda akan diberikan tips bagaimana membuat persediaan sebelum memutuskan untuk bekerja di rumah, bagaimana untuk mencetuskan motivasi untuk bekerja di rumah, bagaimana membuat perancangan dan mencari idea untuk bekerja di rumah dan pelbagai lagi. Sekiranya anda berminat anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di halaman panduan Jana wang Di Rumah khusus untuk wanita.

 

Bookmark and Share

Tinggalkan komen