Rumah Lelong, Untung Besar Risiko Pun Besar
Membeli rumah lelong dan menjualnya semula sememangnya boleh memberikan keuntungan besar kepada anda. Ini kerana harga rumah lelong adalah berada di bawah harga pasaran. Namun dalam membeli rumah lelong anda perlu melakukannya dengan teliti dan berhati-hati.
Membeli rumah lelong adalah merupakan satu pelaburan. Di dalam pelaburan, lebih besar nilai keuntungan bermakna juga lebih besar risiko yang perlu anda tangggung. Walau bagaimanapun kita dapat mengurangkan risiko kerugian dalam pembelian rumah lelong dengan mempelajari teknik urusniaga rumah lelong ini daripada mereka yang berpengalaman.
Seorang peguam yang juga pelabur rumah lelong, Ahmad Tarmizi Jusoh telah menulis sebuah ebook hasil pengalaman beliau selama 14 tahun melibatkan diri dalam urusniaga rumah lelong sebagai peguam dan juga sebagai seorang pelabur. Di dalam ebook ini Ahmad Tarmizi telah memberikan info yang sangat lengkap dan boleh menjadi sumber rujukan kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam urusniaga rumah lelong.
Sekiranya anda berminat untuk meneroka peluang yang ada dalam pelaburan rumah lelong, sila dapatkan maklumat secukupnya sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah lelong. Ebook Rahsia Rumah Lelong daripada Ahmad Tarmizi ini mungkin adalah satu-satunya ebook yang mendedahkan rahsia rumah lelong setakat ini dan tidak rugi jika anda mendapatkannnya. Anda boleh ke laman Rahsia Rumah Lelong untuk maklumat selanjutnya.
[...] Read more … Share this:TwitterFacebookLike this:LikeBe the first to like this post. [...]
[...] Baca selanjutnya … Share this:TwitterFacebookLike this:LikeBe the first to like this post. [...]